<aside> 👨‍💼 Sumbangan Nadzir Mansor

</aside>

5 Tahun Sebelum Bersara, Part 1: Apa Persediaan Yang Perlu Dilakukan?

Apa itu Persaraan?

Persaraan adalah bukan satu perkara yang mudah untuk dibincangkan. Persaraan secara total bermaksud anda telah tiada pendapatan aktif, dan hanya menghabiskan sisa-sisa hidup.

Namun kini terdapat pelbagai perspektif dan situasi tentang persaraan.

Ada orang diwajibkan bersara oleh majikan mereka sejurus mencapai polisi had umur pekerja di syarikat tersebut.

Namun ada syarikat-syarikat yang memberi peluang pekerjaan kepada bekas pekerja untuk mengambil kontrak perkhidmatan selepas bersara kerana kepakaran dan kemahiran mereka.

Ada juga yang terpaksa bersara lebih awal kerana berlaku Voluntary Seperation Scheme (VSS) atau Retrenchment atas faktor-faktor yang tertentu, dan mereka tidak berniat untuk bekerja lagi.

Bagi seorang usahawan pula, mereka mungkin berfikiran persaraan total bukanlah di dalam minda, disebabkan mereka masih mampu untuk membangunkan syarikat sendiri.

Oleh sebab itu, setiap orang mempunyai tanggapan berbeza tentang persaraan, dan di dalam buku Mitch Antony dan Paul Armson bertajuk "Life Centered Financial Planning: How to Deliver Value That Will Never Be Undervalued" ada menerangkan tentang persaraan dengan lebih terperinci tentang empat fokus asas apabila memasuki fasa persaraan:

  1. Leisure: aktiviti sukan, hobi, travel, etc
  2. Connecting: keluarga, rakan, kumpulan sosial, organisasi, etc
  3. Renewing: sifat fizikal, intelektual, atau rohani, dan mungkin terlibat di dalam kelas, kursus, melakukan misi, etc.
  4. Work: kerja sukarelawan, etc

Pokok pangkalnya, anda perlu tahu apakah lifestyle yang anda inginkan terlebih dahulu di waktu persaraan kelak supaya hidup akan jadi lebih bermakna.

Jadi bagaimana anda boleh bersedia 5 tahun daripada sekarang?

Langkah Pertama: Buat Pelan Kewangan Holistik

Kita hanya berbincang mengenai persaraan sahaja, namun kita patut sedar realitinya berbeza.

Anak-anak semakin membesar dan ingin melanjutkan pelajaran ke universiti dalam atau luar negara. Bagaimana education funding mereka?

Ibu bapa pula semakin meningkat usia dan perlukan rawatan kesihatan. Bagaimana dengan medical expenses mereka?

Kita ingin melancong ke serata dunia, menunaikan umrah dan haji. Bagaimana dengan lifestyle funding kita?

Semua itu perlukan duit, dan sekiranya anda sudahpun bersara dan tiada pendapatan aktif, bagaimana aset anda boleh membantu membiayai setiap target-target ini secara lebih teratur?

Sebagai analogi yang mudah menggunakan aplikasi GPS seperti Waze, jika anda ingin pergi ke sesuatu tempat (point B):

Hosted at Hostnotion – custom domains for Notion